Hashim Anang Dianugerahi Darjah Seri Melaka (DSM), Wartawan Malaysia–Indonesia Beri Ucapan Selamat

Hashim Anang Dianugerahi Darjah Seri Melaka (DSM), Wartawan Malaysia–Indonesia Beri Ucapan Selamat

Melaka – Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Karangkraf, Hashim Anang, menerima penganugerahan Darjah Seri Melaka (DSM) sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-76 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam, di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, pada Ahad.

Majlis penganugerahan itu turut menyaksikan seramai 52 penerima Bintang Cemerlang Melaka (BCM) tersenarai bagi sesi pertama, diikuti 66 penerima Bintang Khidmat Terpuji (BKT), 44 penerima Pingat Jaksa Kebaktian (PJK), 40 penerima Pingat Bakti Masyarakat (PBM) serta dua penerima Pingat Khidmat Lama (PKL).

Hashim yang memulakan kerjaya di Karangkraf sebagai wartawan akhbar Bacaria pada 1988 melahirkan rasa syukur selain tidak menyangka akan menerima pengiktirafan tersebut.

“Saya tidak menduga menerima penghargaan ini. Terima kasih kepada Tun Mohd Ali dan Kerajaan Negeri Melaka atas penghormatan ini,” katanya kepada wartawan senior dari Sumatera Barat, Mustafa Akmal Datuk Sidi Ali, usai istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu.

 

Beliau turut menyifatkan anugerah yang diterimanya sebagai satu penghormatan besar bukan sahaja kepada dirinya, malah kepada Karangkraf sebagai syarikat media yang sentiasa komited menyampaikan ilmu dan dakwah kepada masyarakat.

“Kempen seperti World #QuranHour, Malaysia #QuranHour serta inisiatif Rasuah Busters nyata menyentuh hati masyarakat dan memberi kesan positif kepada perubahan sosial,” katanya.

 

Selain peranan dalam dunia media, Hashim juga aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan NGO. Beliau merupakan Ahli Majlis Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), Ahli Tetap Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Timbalan Pengerusi Kejohanan Piala Datuk Mokhtar Dahari, serta Yang Dipertua PIBG SMK Seksyen 19 Shah Alam.

Hubungan erat Hashim dengan wartawan Indonesia juga sangat kuat. Beliau kerap mengundang wartawan senior, termasuk Mustafa Akmal Datuk Sidi Ali, serta beberapa anggota PWI Tanah Datar untuk menghadiri berbagai kegiatan di Malaysia, tidak hanya untuk liputan tetapi juga acara kesenian seperti pembacaan puisi bersama sastrawan Malaysia.

Hashim Anang juga memiliki hubungan yang erat dengan masyarakat Sumatera Barat, khususnya Tanah Datar. Dalam kunjungannya ke daerah tersebut, beliau didampingi wartawan senior Mustafa Akmal dan bersilaturahmi dengan Bupati Tanah Datar, Eka Putra. Dan  dijamu makan malam bersama pimpinan Organisasi Perangkat Daerah (OPD) Tanah Datar.

Selain itu, beliau juga meluangkan waktu berkunjung ke Universitas Islam Negeri (UIN) Batusangkar dan UIN Bukittinggi  sebagai wujud kepedulian terhadap perkembangan pendidikan dan dakwah di ranah Minangkabau.

Persahabatan itu turut diperluas melalui dunia persilatan. Perguruan Silat Taduang Bangkeh Batipuh yang dipimpin oleh Mustafa Akmal Datuk Sidi Ali beberapa kali diundang ke Malaysia, termasuk tampil dalam Festival Silat Antar Bangsa di Kelantan.

Melalui jejaring silat bersama Presiden Silat Kelantan, Dr Kamal Shah, Hashim turut memfasilitasi kehadiran tim silat dari Tanah Datar tersebut. Seusai festival, Hashim bahkan menjamu langsung rombongan perguruan silat itu sebagai bentuk penghargaan dan kekeluargaan.

Tidak hanya itu, Hashim juga dikenang sebagai sahabat ketika bencana melanda. Pada gempa besar Sumatera Barat tahun 2009, beliau turut hadir memberi bantuan bersama pasukan dari Malaysia untuk meringankan beban masyarakat terdampak.

Anugerah DSM yang diterima Hashim ini sekaligus menjadi pengiktirafan atas dedikasi beliau dalam bidang media, kemasyarakatan, serta peranan pentingnya dalam merapatkan silaturahim antara Malaysia dan Indonesia. (mustafa akmal)